Friday, August 6, 2010

InDahNyA....Soifi...

Semester soifi akan melabuhkan tirainya tak lama lagi…memang sedikit mencabar soifi kali ni..Sepanjang tiga tahun berada di sini, soifi kali ini boleh di katakan yang paling panas...

Alhamdulillah, masing-masing masih teguh dengan matlamat datang ke sini..(ade yang dah syahid kat tengah jalan kan ..hehe..)

Sem. Soifi kali ini, ana hanya mengambil tiga maddah yang mana satu maddah wajib takhassus (ayat ahkam) , satu maddah wajib jamiah ( BI 2) dan satu maddah ikhtiari kuliah ( mabadi’ tarbiah).Walaupun kuliah bermula jam 8 pagi, dan selesai pada jam 12.45 tengah hari, kesabaran menempuh soifi sentiasa tersemat di jiwa walaupun kekadang hampir SYAHID untuk menghadiri kuliah jam 8 pagi..hehe..

.Mana taknya, dengan waktu isyak yang lewat waktunya sekitar jam 9 lebih dan subuh yang terlalu awal sekitar jam 4 lebih ini sedikit sebanyak mengganggu kebiasaan rutin harian. Nizom kehidupan harian soifi memang perlu diubah untuk menjaga emosi dan jiwa anda untuk menempuh rintangan kuliah esok hari kan..jangan tido lewat-lewat..hehe..

Seronok jugak fasal ini ketika menghadiri kuliah mabadi’ tarbiah yang diajar oleh Doktor Nail. Beliau seorang yang masih muda tetapi telah memiliki PHD. Beliau juga merupakan bekas Nai’b Syu;un tolabah..(hal ehwal pelajar asing)..

Dalam maddah ini, beliau lebih banyak membawa pendekatan dalam mencontohi pembawaan tarbiah oleh tamadun-tamadun dahulu serta negera-negara yang maju contohnya tarbiah China, Yunani dan sebagainya. Terlalu banyak iktibar yang boleh diambil daripada tarbiah ini dalam mengambil pembawaan tarbiah yang membentuk rakyat yang berfikiran unggul serta berpelajaran.

Dalam kelas, hanya dua orang pelajar Malaysia sahaja .Ana dan sorang lagi akhowat Mu’tah. Dalam kelas pun, sikap mendengar dan berdiam diri je la mampu dibuat dan gelak bila lawak dibuat oleh pelajar dan doktor.

Oleh kerana Doktor Nail adalah anggota hal ehwal wafidin, Beliau mudah mesra dengan pelajar Malaysia. Apa taknya, nama ana pun dia ingat.Tu pun sekali je bagitau nama. So, sikap beliau yang suka bertanya kepada pelajar ketika kuliah menghidupkan lagi suasana MUSYAROKAH pelajar bersama beliau. Ana pun tidak terlepas kene soal..

Pernah beliau bertanya kepada pelajar tentang meniru dalam peperiksaan. Beliau Berkata sambil gelak ‘ Ya ghossyasyin….(wahai penipu-penipu…)…lantas beliau bertanya pada pelajar mengikut kuliah masing-masing..berapa peratus pelajar meniru dalam peperiksaan…ada yang jawab 50 %, 70 %..sehingga tiba giliran kuliah syariah..Pelajar syariah bukannya ramai dalam kuliahnya..Adoi, time tu memang tak tengok dah muka doktor takut kena soal. Tapi, kena jugak lastnya..

Katanya, Ya Mohd, pernah ke anta menipu dalam hidup kamu…

Dengan yakin jawab…Doktor, kalau maddah syariah, ana memang tak meniru, tapi masalahnya, kalau ana ambik maddah selain tu contohnya ulum askari atau tarikh askari, ana tak tau nak jawab dan terpaksa tengok orang sebelah…

Apa lagi time tu, semua orang gelak la…doktor pun..Tapi, sempat lagi Cover…

Ana terus sambung time orang duk gelak-gelak tu…’Tapi doktor, bukan ana nak meniru sangat maddah tu, ada arab sebelah yang nak tolong kitaorang…Diorang yang angkat kertas jawapan., kita tengok je la…haha..kena gelak lagi la..Respon doktor, kata-kata kamu menarik, aku tambah 1 markah untuk kamu…apa lagi time tu, lega la buat pengakuan dapat markah..hihi..

Apa pun, kekadang seronok ambil maddah luar yang kekadang BLUR…xfaham apa yang diajar…Tapi, tak pe je kan, pengalaman yang bermacam warna pasti akan anda dapat rasai...;)

BERIKANLAH DAKU KESABARAN YA RABB..

p/s…Merancang supaya terancang…;)

Tuesday, August 3, 2010

PuLanG SuDaH.....SeLamAt JaLaN...

Pulang sudah…akhirnya, berjaya juga sahabat ana khirij menempuh segala dugaan dan cabaran sepanjang berada di Tanah Syam ini.Ana baru sahaja pulang dari pekan Mu’tah untuk wida’ Saudara Abdul HayYi yang akan pulang ke Malaysia tengah malam nanti.

Apa pun, ketika berada di sekitar umah beliau tadi, teringat detik-detik persahabatan dengan beliau.Ye la, sape tak kenal Abd Hayyi..Beliau terkenal dengan sifat ramah nya yang sentiasa menghidupkan suasana…memang tak kering gusi la kalau menghabiskan masa dangan beliau..

Di sebalik latar belakang beliau yang bersahaja itu, beliau seorang yang suka ambil berat pada orang lain..teringat ketika memegang pimpinan di sini pada sesi lepas..Tugas beliau sabagai penasihat PERMATA pada sesi itu tidak diabaikan. Siapa tau kan, di sebalik tabir, beliau seorang yang kuat memberi semangat kepada kami semua untuk sentiasa menjaga PERMATA untuk semua.

Teringat tadi, ketika mana beliau akan bertolak ke mator, sebelum bertolak, beliau sempat memberi peringatan kepada semua yang hadir untuk wida’ beliau.

Inilah kata-kata beliau “ aku nok awok-awok mutah dok pecoh..kite duk satu lako..dok kiro lah mu kedah ke…ganu ke..klate ke..biar x pecoh”…

Kata-kata itu membuatkan aku kagum dengan sikap seorang yang sentiasa menjaga ukhuwah antara kita semua.Kita tidak tahu, apakah yang akan terjadi pada masa akan datang..Kemasukan pelajar baru ke universiti Mu’tah semakin ramai..Tidak mustahil, ketika itu, kita tidak kenal siapa pelajar Malaysia di sini.

Apa pun, ingatlah wahai sahabat-sahabat, kita semua ini satu keluarga. Rakan-rakan kita di sini adalah keluarga kita kan. kalau tidak mereka, siapa lagi tempat kita untuk meluah perasaan dan berkasih sayang…Sungguh indah persahabatan….

Selamat jalan sahabat.. Semoaga berjaya di Malaysia .Berukhuwah hingga ke syurga..

p/s…sudah terasa sedih untuk meninggalkan tanah Syam ini…PERMUDAHKAN AKU YA RABB…1 fasal to go…;)