Tuesday, August 3, 2010

PuLanG SuDaH.....SeLamAt JaLaN...

Pulang sudah…akhirnya, berjaya juga sahabat ana khirij menempuh segala dugaan dan cabaran sepanjang berada di Tanah Syam ini.Ana baru sahaja pulang dari pekan Mu’tah untuk wida’ Saudara Abdul HayYi yang akan pulang ke Malaysia tengah malam nanti.

Apa pun, ketika berada di sekitar umah beliau tadi, teringat detik-detik persahabatan dengan beliau.Ye la, sape tak kenal Abd Hayyi..Beliau terkenal dengan sifat ramah nya yang sentiasa menghidupkan suasana…memang tak kering gusi la kalau menghabiskan masa dangan beliau..

Di sebalik latar belakang beliau yang bersahaja itu, beliau seorang yang suka ambil berat pada orang lain..teringat ketika memegang pimpinan di sini pada sesi lepas..Tugas beliau sabagai penasihat PERMATA pada sesi itu tidak diabaikan. Siapa tau kan, di sebalik tabir, beliau seorang yang kuat memberi semangat kepada kami semua untuk sentiasa menjaga PERMATA untuk semua.

Teringat tadi, ketika mana beliau akan bertolak ke mator, sebelum bertolak, beliau sempat memberi peringatan kepada semua yang hadir untuk wida’ beliau.

Inilah kata-kata beliau “ aku nok awok-awok mutah dok pecoh..kite duk satu lako..dok kiro lah mu kedah ke…ganu ke..klate ke..biar x pecoh”…

Kata-kata itu membuatkan aku kagum dengan sikap seorang yang sentiasa menjaga ukhuwah antara kita semua.Kita tidak tahu, apakah yang akan terjadi pada masa akan datang..Kemasukan pelajar baru ke universiti Mu’tah semakin ramai..Tidak mustahil, ketika itu, kita tidak kenal siapa pelajar Malaysia di sini.

Apa pun, ingatlah wahai sahabat-sahabat, kita semua ini satu keluarga. Rakan-rakan kita di sini adalah keluarga kita kan. kalau tidak mereka, siapa lagi tempat kita untuk meluah perasaan dan berkasih sayang…Sungguh indah persahabatan….

Selamat jalan sahabat.. Semoaga berjaya di Malaysia .Berukhuwah hingga ke syurga..

p/s…sudah terasa sedih untuk meninggalkan tanah Syam ini…PERMUDAHKAN AKU YA RABB…1 fasal to go…;)

No comments:

Post a Comment