Sunday, July 25, 2010

iLmU DiCaRi...BukaN MenCAri....

Memang penat ke kuliah time soifi, kekadang LESU nak ke kuliah..Tapi, semangat mengatasi segala-galanya.kerana ilmu itu dicari, bukannye mencari kan

Teringat tadi, baru je lepas berbicara dengan sahabat ana tentang pencarian ilmu .Katanya, ibarat ‘ilmu itu dicari bukan mencari’ tidak lagi sinonim dengan zaman sekarang.Sebabnya, kalaulah begitu, makin ramailah orang di luar sana semakin menjadi JAHIL sebab malas nak berusaha mencari ilmu tuk diri sendri…tetapi, orang yang berilmulah yang sepatutnya turun sendiri untuk meyampaikan MUTIARA ini pada insan-insan begini.Wah!!..makin pandai kawan ana berbicara yer. SILA PERJELASKAN..(bab kata pendebat mu’tah)..hehe, persoalannya, setakat manakah kebenarannya..

Aslunya..nak sesuatu memanglah mencari, takkan nak tunggu jatuh dari langit. Sampai bila tidak tak dapat. Memang tabah tokoh-tokoh ilmuan dahulu yang rela berhijrah ke mana sahaja untuk mengutip “penyempurna amalan’. Kejuhudan seperti mereka memang tiada tandingannya jika dilihat kepada TULAB ILIM sekarang…ohh..jadilah aku begitu ya RABB..

Bagi ana, anggapan begini tidaklah tepat pada asalnya .Sebabnya, ana takut kata-kata begitu dijadikan bahan MODAL oleh insan-insan JAHIL untuk menyalahkan ahli-ahli ilmu sekiranya mereka tidak mengetahui sesuatu, sedangkan hakikatnya, diri sendiri sepatutnya dipersalahkan…Namun, ahli ilmu wajar dipersalahkan sekiranya tidak turun padang untuk menyampaikan…

Sebenarnya, ahli ilmu yang turun kepada masyarakat untuk memberi kepada meraka yang tidak mahu mencari, bukanlah kita katakan ILMU MENCARI. Sebabnya, apa yang disampaikan kepada mereka adalah peringatan atau amal ma’ruf nahi munkar yang memang menjadi kewajipan pada semua orang. Sudah jelas dalam ayat-ayat Quran tentang kewajipan begini. Tujuannya hanyalah satu, untuk melahirkan kesedaran kepada meraka tentang kewajipan suruhan agama. Kesedaran inilah yang membawa seseorang untuk mencari MAKRIFAH untuk diri masing-masing.So, tidak berlakulah ILMU MENCARI kan..

Setakat manakah kalam kita didengari oleh insan-insan di kedai kopi atau sebagainya. Mereka mesti lari dari anda sekiranya apa yang anda bawa membosankan…Ye la, cubalah pergi kepada mereka dan bercakap mengenai HUKUM SOLAT…HUKUM PUASA..ana yakin, anda akan ditinggalkan berseorangan. Tapi, sekiranya anda membawa kesedaran ke arah itu, sudah pasti ada insan mendekati anda kerana penyampaian itu terlebih santai untuk memahami serta dalam bentuk menanam kesedaran dan mendekatkan diri pencipta.

Memang benar lah, Imam Hassan Al-banna turun ke setiap rumah pada ketika dahulu sehingga lahirnya mereka yang berfikrah, aktiviti usrah yang sentiasa hidup serta gerakan Ikhwan Al-Muslimin yang aktif dalam membawa pembaharuan kepada masyarakat. Namun, Beliau lebih membawa fikrah untuk menghidupkan suasana islamik serta ke arah masyarakat berilmu. Maka lahirlah kesedaran dan berlumba-lumba kearah itu..

Samalah anda di sini. PERMATA hanyalah memberi peringatan, tasji’ dan sebagainya kepada ahli supaya berlumba-lumba ke arah mengutip MUTIARA dan bukannya menghantar mereka yang fakih dalam suatu maddah untuk mengajar seseorang ke rumah-rumah meraka. Tetapi, cukuplah peringatan yang diberi supaya kesedaran itu timbul untuk mencari. Itu pun, masih ramai yang GHIAB ke kuliah wajib. Apatah lagi kelas tafaquh… janganlah kita mencari alasan sekiranya jikalau diri sendiri yang tidak mau menjadi tahu…

Diri ni pun cukup risau dengan sikap yang masih membelenggu diri. Sikap acuh tak acuh ke arah ilmiah masih lagi LEKAT kat diri sendiri.Sama-samalah berkongsi apa yang kita ada. Ya RABB, jadikanlah aku hamba yang fakih dalam agamaMU…AMIN…

p/s ..sedang berminat menkaji bidang hadis…tak sabar nak ambil maddah hadis ahkam…;)

No comments:

Post a Comment