Saturday, July 24, 2010

TerLaLU SingKat....di SiNi...

Sedar tak sedar, diri dah duduk tahun akhir…lagi satu fasal berbaki..Keadaan begini memang menjadi tempoh bermuhasabah untuk mereka yang bakal menamatkan pengajian dalam bidang masing-masing.

Dalam benak masing-masing, memang akan terfikir bahkan terpaksa untuk muhasabah diri.Apakah hadaf utama belajar di sini berjaya digapai…atau sekadar semangat ‘hangat-hangat tahi ayam’.Yang pasti, perasaan menyesal pastinya hadir dalam diri kerana tidak menggunakan peluang keemasan ini untuk mengutip sebanyak mungkin MUTIARA di Ardhu Syam yang barokah.

Perasaan inilah yang semakin kuat bermain di benak diri ini apabila memikirkan peluang untuk berada di sini semakin hampir menuju ke titik akhirnya.Namun, diri ini cukup risau bila mana merasai terlalu banyak kelemahan dan kekurangan diri yang perlu dipersiapkan sebelum pulang nanti.

Ye la, alal aqol, biarlah Bahasa Arab berjaya dikuasai. Belajar kat tanah arab, tak reti bahasa penduduknya, memang aib la balik nantikan sahabat-sahabat.Apatah lagi sekiranya tidak mampu menjawab pelbagai soalan yang akan menghujani JATUH DARI LANGIT ketika di tanah air nanti..ohhh..tercukup gusar bila memikirkan hal itu..

Diri ini lagi gusar bila memikirkan hal sekeliling kehidupan akan datang...ye la. Kita sendiri pun lemah. Macam mana pula nak membawa keluarga dan masyarakat sekeliling ke arah ISLAM itu sendiri.Tapi, diri terlebih TAKUT sekiranya diri ini yang menjadi fitnah terhadap ISLAM yang dibawa akibat sifat jahil pada diri sendiri.

Teringat pesan, nasihat sahabat, JANGANLAH ANTUM SEMUA BALIK NANTI MENJADI FITNAH KEPADA AGAMA…

Buktinya jelas…terlalu ramai…

OHH…BAGAIMANAKAH DIRI INI…

P/s..ke manakah MASTER selepas ini….

Sedang berminat dalam bidang perbankan islam..mampukah..;)

No comments:

Post a Comment